Kadang-kala kanak-kank kurang berminat dengan P & P yang biasa.Sekali sekal boleh dedahkan dengan permainan komputer yang berkaitan dengan tema mingguan ataupun dengan subjek yang berkaitan.Kanak-kanak pasti berebut-rebut dan teruja aptah lagi yang memag belum pernah pegang komputer dirumah mahupun disekolah.Disini saya sertakan satu jenis permainan yang biasa saya gunakan untuk aktiviti matematik.Permainan yang agak mudah namun masih mampu memberi kepuasan pada kanak-kanak.Sesiapa yang ingin mencuba boleh buka disini.Banyak lagi permainan yang sesuai digunakan semasa P & P taip saja pada Mr.Google pasti banyak senarai yang tertera.Pastikan pilihan permainan sesuai untuk umur kanak-kanak.
Sunday, 28 April 2013
Friday, 26 April 2013
Tantrum.
Bismillahirahmanirahim, sebagai pembuka entry blog ini ,
saya bawakan topik "Tantrum" yang biasa dialami oleh kanak-kanak
dan mungkin segelintir rakan-rakan yang pernah mengalaminya.Topik ini saya
kongsikan daripada FB Prof. Dr.Rozieta Shaary.
Merajuk dan tantrum adalah cara anak-anak menyatakan
ketidakpuasan hatinya. Tantrum adalah ekspres ke luar sementara merajuk ke
dalam diri. Apa yang mereka perlukan semasa itu ialah diyakinkan bahawa anda
menyayangi dia.
Namun, jangan pula termasuk jerat iaitu mengikut sahaja
kehendak mereka demi memujuk mereka. Boleh pujuk, tapi tetap tegas dengan
prinsip dan nilai. Jangan pula kerana hendak memujuk dia dan menghentikan dia
daripada berguling-guling hendak barang, anda beli saja barang itu, walaupun pada
awalnya anda kata tidak boleh. Jika anda bertindak begitu, anak-anak yang kecil
ini menyangka inilah cara untuk mendapat barang yang anda kata tak boleh itu
daripada anda. Nampak susah kan?
Yalah, siapa kata mendidik dan membesarkan anak untuk
menjadi individu berwibawa, pengasih dan berkebolehan tinggi ini senang. Itu
sebab ramai ibu bapa mengambil jalan singkat memukul bertalu-talu dan marah
berlebihan supaya anak akan takut. Apa yang tidak disedari kesan jangka panjang
yang akan dirasakan bila mereka remaja atau menjadi dewasa.
Jangan pula menyangka, saya mengatakan jangan marah atau
menghukum perbuatan itu. Perlu marah dan menghukum perbuatan yang salah. Namun,
lakukan dengan penuh kasih sayang dan hormat. Ambil masa menjelaskan. Dan bila
sudah habis menjalankan hukuman itu, peluk dia dan yakinkan kasih sayang anda
kepadanya. Supaya anak itu faham, yang salah ialah perbuatannya. Dan yang anda
tidak suka ialah perbuatan itu. Dia tetap andasayang dan kasih. Susah? Ya,
memang susah, namun ia boleh dilakukan dan bila anda lakukan anda tidak lagi
rasa sedih dan terkilan malah berasa lega.
LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL
1- Tenangkan anak itu.
2- Bawa dia keluar dari tempat itu dan pergi ke tempat lain
3- Bila sudah tenang, beritahu dia mengapa anda tidak mahu
membelinya.
4- Berpakat dengannya untuk mencari jalan penyelesaiannya.
Mungkin dia himpun duit ke atau seperti itu.
5- Puji dia bila dia mahu bekerjasama bermaufakat dengan
anda.6- Bila apa yang janjikan tercapai, contohnya duit sudah cukup, TUNAIKAN
JANJI itu.
sekadar perkongsian:kredit to https://www.facebook.com/familyguru/notes
Wednesday, 24 April 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)