Tuesday, 9 July 2013

Hari Potensi Tahun 2013

Pada 3 Julai yang lepas KEMAS Daerah Kulaijaya telah menganjurkan Hari Potensi Kanak-kanak di Dewan Terbuka Felda Inas. Tabika Jln Nuri 2 terlibat dalam pertandingan Futsal dan juga Bola Jaring.Tuah ayam nampak di kakik tuah budak siapa yang tahu.Alhamdulillah bola jaring telah mendapat johan manakala futsal mendapat tempat yang keempat.Menang kalah adat pertandingan, tahniah kepada yang telah menang, yang kecundang boleh teruskan usaha lagi.Layankan beberapa gambar yang sempat diambil pada hari tersebut.










Alhamdulillah belajar di IPGM ni banyak ilmu yang saya dapat. Bagi adik-adik yang tengah pening nak sambung belajar . Jom belajar di IPGM.

Saturday, 25 May 2013

Aktitiviti bersama kanak-kanak (compile version)

Ini Antara Aktiviti-aktiviti yang melibatkan makanan bersama kanak-kanak.Sebenarnya tak perlu tunggu tema makanan pun untuk buat aktiviti macam ni dekat tabika.Contohnya Sains Dan Technology boleh buat skewer fruits atau dalam bahasa kita satay buah.Boleh beli buah yang warna warni untuk dijadikan skewer.Cucuk dengan lidi satay.Dimana nak selit sains dan teknologinya?
  1. Pola(susunan) warna buah yang patut dicucuk
  2. Bilangan yang harus dicucuk
  3. Warna
  4. Bentuk
Aktiviti yang sangat mudah tetapi memang disukai oleh kanak-kanak.Skewer boleh celup dengan coklat/madu/mayonis/ natural taste sedappp.Aktiviti ini tak sempat nak ambil gambar sebab masing-masing dah terlebih excited.


Ini pula ialah aktiviti membuat jemput-jemput pisang dan Sandwich Telur . Bukan setakat kanak-kanak perempuan, kanak-kanak lelaki pun excited nak cuba.

Chef Nabil sedang membancuh adunan jemput-jemput pisang                            

Chef Arif pun seronok juga



Aktiviti Sandwich Telur

Chef Aina dan Chef Anis sedang melakukan demo Sandwich Telur

                        
Kumpulan Master Chef Junior
                                                  



Thursday, 23 May 2013

Hari Guru

Walaupun agak basi tapi xkisah lah.Nak tayang juga kek dan hadiah tahun nie.Kek ni tempah dekat Cikgu Azlan dari Sk Kulai 1 kalau nak tempah boleh tengok dekat FB dia dekat sini.Kek dia memang tiptop padan dengan harganya.



Hadiah dari anak-anak muridku

Seronok dapat hadiah

Wednesday, 22 May 2013

Sambutan Kemerdekaan Tahun 2012(Review)


Bersempena dengan hari kemerdekaan pada tahun lepas .Sekolah mengadakan pertandingan mewarna ibubapa dan anak.bermacam-macam gelagat.Secara pandangan kasar kebanyakan ibubapa yang excited lebih.Mungkin waktu kecil tak berkesempatan nak masuk pertandingan mewarna agaknya.:).

 
Tekun betul ibu dan anak mewarna. 



Kaum bapa pun ada yang memberi sokongan pada anak dan isteri masing-masing.


Imam sedang membacakan doa bagi memulakan perhimpunan Majlis Sambutan Kemerdekaan.


Sekali-sekala cikgu pun nak "interframe" juga.

Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan dan pemenang bagi sambutan tersebut ialah......adik Nur Nisriena Nabiha Binti Azlin.Tahniah Nabiha!!

Saturday, 18 May 2013

Latih Tubi.

Kebiasaannya latih tubi saya buat untuk kanak-kanak sahaja, Tapi semenjak ke maktab banyak latih tubi yang saya lakukan demi  mencapai sesuatu objektif.(lebih kepada assigment sebenarnya).Contohnya blog ini sendiri.Banyak yang telah saya belajar demi nak menyiapkan assigment ini.Namun sedikit sebnayak kemahiran komputer saya semakin baik.Banyak  yang telah saya pelajari melalui pakcik google. Terima kasih pakcik google kerana menjadi guru saya yang baik..Sekalipun tak pernah merungut kalau saya tanya apa-apa pun..:).

Antara ilmu yang saya dapat hari ini ialah memasukkan slideshow dalam blog..Banyak kerenah juga rupanya..Mungkin sesetengah orang akan cakap senang atau kacang je, tapi utnuk saya yang tidak mahir dalam komputer ia agak susah tambahan pula dengan bahasa-bahasa komputer yang tidak pernah saya lihat.Untuk memasukkan gambar ke dalam slideshow terlebih dahulu gambar-gambar saya  dimuat naik melalui perisian Flickr.Masa untuk muat naik gambar bergantung kepada kelajuan internet dan juga banyak gambar yang dipilih dalam satu satu masa. Yeay dah siap muat naik.Sekarang saya nak cuba masukakn ke dalam slideshow saya.harap-harap berjaya.!!Hasilnya....biar gambar yang beritahu  sendiri...Alhamdulilllah..





Wednesday, 15 May 2013

Selamat Hari Guru

Ditujukan khas buat semua guru-guru di dunia..Selamat Hari Guru!Esok saya terpaksa pergi ke Melaka untuk menghadiri Kursus Kewangan.Sedih xdapat menyambut hari guru dengan anak-anak.Walau apapun semoga saya terus jadi guru yang menjadi beragenda dan beraspirasi :)