Saturday, 25 May 2013

Aktitiviti bersama kanak-kanak (compile version)

Ini Antara Aktiviti-aktiviti yang melibatkan makanan bersama kanak-kanak.Sebenarnya tak perlu tunggu tema makanan pun untuk buat aktiviti macam ni dekat tabika.Contohnya Sains Dan Technology boleh buat skewer fruits atau dalam bahasa kita satay buah.Boleh beli buah yang warna warni untuk dijadikan skewer.Cucuk dengan lidi satay.Dimana nak selit sains dan teknologinya?
  1. Pola(susunan) warna buah yang patut dicucuk
  2. Bilangan yang harus dicucuk
  3. Warna
  4. Bentuk
Aktiviti yang sangat mudah tetapi memang disukai oleh kanak-kanak.Skewer boleh celup dengan coklat/madu/mayonis/ natural taste sedappp.Aktiviti ini tak sempat nak ambil gambar sebab masing-masing dah terlebih excited.


Ini pula ialah aktiviti membuat jemput-jemput pisang dan Sandwich Telur . Bukan setakat kanak-kanak perempuan, kanak-kanak lelaki pun excited nak cuba.

Chef Nabil sedang membancuh adunan jemput-jemput pisang                            

Chef Arif pun seronok juga



Aktiviti Sandwich Telur

Chef Aina dan Chef Anis sedang melakukan demo Sandwich Telur

                        
Kumpulan Master Chef Junior
                                                  



No comments:

Post a Comment