Tuesday, 9 July 2013

Hari Potensi Tahun 2013

Pada 3 Julai yang lepas KEMAS Daerah Kulaijaya telah menganjurkan Hari Potensi Kanak-kanak di Dewan Terbuka Felda Inas. Tabika Jln Nuri 2 terlibat dalam pertandingan Futsal dan juga Bola Jaring.Tuah ayam nampak di kakik tuah budak siapa yang tahu.Alhamdulillah bola jaring telah mendapat johan manakala futsal mendapat tempat yang keempat.Menang kalah adat pertandingan, tahniah kepada yang telah menang, yang kecundang boleh teruskan usaha lagi.Layankan beberapa gambar yang sempat diambil pada hari tersebut.










Alhamdulillah belajar di IPGM ni banyak ilmu yang saya dapat. Bagi adik-adik yang tengah pening nak sambung belajar . Jom belajar di IPGM.

Saturday, 25 May 2013

Aktitiviti bersama kanak-kanak (compile version)

Ini Antara Aktiviti-aktiviti yang melibatkan makanan bersama kanak-kanak.Sebenarnya tak perlu tunggu tema makanan pun untuk buat aktiviti macam ni dekat tabika.Contohnya Sains Dan Technology boleh buat skewer fruits atau dalam bahasa kita satay buah.Boleh beli buah yang warna warni untuk dijadikan skewer.Cucuk dengan lidi satay.Dimana nak selit sains dan teknologinya?
  1. Pola(susunan) warna buah yang patut dicucuk
  2. Bilangan yang harus dicucuk
  3. Warna
  4. Bentuk
Aktiviti yang sangat mudah tetapi memang disukai oleh kanak-kanak.Skewer boleh celup dengan coklat/madu/mayonis/ natural taste sedappp.Aktiviti ini tak sempat nak ambil gambar sebab masing-masing dah terlebih excited.


Ini pula ialah aktiviti membuat jemput-jemput pisang dan Sandwich Telur . Bukan setakat kanak-kanak perempuan, kanak-kanak lelaki pun excited nak cuba.

Chef Nabil sedang membancuh adunan jemput-jemput pisang                            

Chef Arif pun seronok juga



Aktiviti Sandwich Telur

Chef Aina dan Chef Anis sedang melakukan demo Sandwich Telur

                        
Kumpulan Master Chef Junior
                                                  



Thursday, 23 May 2013

Hari Guru

Walaupun agak basi tapi xkisah lah.Nak tayang juga kek dan hadiah tahun nie.Kek ni tempah dekat Cikgu Azlan dari Sk Kulai 1 kalau nak tempah boleh tengok dekat FB dia dekat sini.Kek dia memang tiptop padan dengan harganya.



Hadiah dari anak-anak muridku

Seronok dapat hadiah

Wednesday, 22 May 2013

Sambutan Kemerdekaan Tahun 2012(Review)


Bersempena dengan hari kemerdekaan pada tahun lepas .Sekolah mengadakan pertandingan mewarna ibubapa dan anak.bermacam-macam gelagat.Secara pandangan kasar kebanyakan ibubapa yang excited lebih.Mungkin waktu kecil tak berkesempatan nak masuk pertandingan mewarna agaknya.:).

 
Tekun betul ibu dan anak mewarna. 



Kaum bapa pun ada yang memberi sokongan pada anak dan isteri masing-masing.


Imam sedang membacakan doa bagi memulakan perhimpunan Majlis Sambutan Kemerdekaan.


Sekali-sekala cikgu pun nak "interframe" juga.

Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan dan pemenang bagi sambutan tersebut ialah......adik Nur Nisriena Nabiha Binti Azlin.Tahniah Nabiha!!

Saturday, 18 May 2013

Latih Tubi.

Kebiasaannya latih tubi saya buat untuk kanak-kanak sahaja, Tapi semenjak ke maktab banyak latih tubi yang saya lakukan demi  mencapai sesuatu objektif.(lebih kepada assigment sebenarnya).Contohnya blog ini sendiri.Banyak yang telah saya belajar demi nak menyiapkan assigment ini.Namun sedikit sebnayak kemahiran komputer saya semakin baik.Banyak  yang telah saya pelajari melalui pakcik google. Terima kasih pakcik google kerana menjadi guru saya yang baik..Sekalipun tak pernah merungut kalau saya tanya apa-apa pun..:).

Antara ilmu yang saya dapat hari ini ialah memasukkan slideshow dalam blog..Banyak kerenah juga rupanya..Mungkin sesetengah orang akan cakap senang atau kacang je, tapi utnuk saya yang tidak mahir dalam komputer ia agak susah tambahan pula dengan bahasa-bahasa komputer yang tidak pernah saya lihat.Untuk memasukkan gambar ke dalam slideshow terlebih dahulu gambar-gambar saya  dimuat naik melalui perisian Flickr.Masa untuk muat naik gambar bergantung kepada kelajuan internet dan juga banyak gambar yang dipilih dalam satu satu masa. Yeay dah siap muat naik.Sekarang saya nak cuba masukakn ke dalam slideshow saya.harap-harap berjaya.!!Hasilnya....biar gambar yang beritahu  sendiri...Alhamdulilllah..





Wednesday, 15 May 2013

Selamat Hari Guru

Ditujukan khas buat semua guru-guru di dunia..Selamat Hari Guru!Esok saya terpaksa pergi ke Melaka untuk menghadiri Kursus Kewangan.Sedih xdapat menyambut hari guru dengan anak-anak.Walau apapun semoga saya terus jadi guru yang menjadi beragenda dan beraspirasi :)


Sunday, 5 May 2013

Makanan yang baik untuk otak dari sudut islam.

Sekadar berkongsi makanan yang elok untuk otak.Sekarang banyak sangat produk-produk kononnya khas untuk otak dan seangkatan dengannya.Tak perlu kita cari-cari suplement yang berbagai2 dan harganya pula mencecah ratusan ringgit. Tanpa kita sedar kebanyakannya makanan ini telah kita gunakan sebagai bahan makanan harian kita. Berikut antara makanan yang baik untuk otak kita dari sudut islam:-


  1. Madu: Makanan yang sangat berkhasiat yang dinyatakan dalam al-Quran dan dikatakan sebagai 'syifa' iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar 'raja ubat' yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Madu mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral protein, antiseptik dan enzim yang berdaya untuk meningkatkan ingatan dan kecergasan mental individu. Madu juga mengandungi zat galian seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin dan ia dapat memberi tenaga. Amalkan makan madu dengan minum 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam. 
  2. Kismis: Ia dapat membentuk anak genius kerana kismis mengandungi zat besi yang berfungsi umtuk membina darah supaya bekalan oksigen mencukupi untuk disalurkan ke otak. Cara makan kismis yang afdal adalah dengan menghadap kiblat, baca bismillah dan selawat kepada nabi tiga kali serta doa penerang hati. setelah itu, ambil kismis sebanyak tujuh biji sekali dan dimakan sebanyak tiga kali sehari iaitu 21 biji setiap hari. 
  3. Susu Segar: Susu baik merangsang otak, menajamkan fikiran, bekalkan tenaga dari sudut mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang berfungsi untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu berkhasiat kerana mempunyai karbohidrat, lemak, protein, vitamin, mineral dan air. sabda Rasulullah, susu dapat menguatkan tulang, menajamkan akal, penglihatan yang baik dan menghindarkan penyakit lupa. Susu yang baik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan susu lembu segar. Amalkan meminum susu sekurang-kurangnya segelas pagi dan malam. Mulai dengan bacaan Bismillah.
  4. Telur: Telur berfungsi untuk menambah kecerdasan otak. Telur mempunyai kandungan protein, mineral, vitamin, laksium, magnesuim, fosforus, kalium, sulfur natrium, klorin, zat besi, air dan bahan ekstra aktif. Memakan kuning telur dapat mengatasi masalah lemah tenaga fizikal dan mental. Telur yang terbaik dimakan untuk memberi kepintaran pada anak ialah telur ayam kampung.
  5. Halia: Halia sangat mujarab merawat masalah lupa. Halia dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa dijadikan manis-manisan yang direbus dengan gula. Ia perlu dimakan sedikit sahaja di waktu pagi.
  6. Limau/Oren: Limau dapat memberi kekuatan kepada daya fikiran.
  7. Buah Delima: Buah ini boleh menjadi penerang hati, sesuai dengan sabda Rasulullah, "Barangsiapa yang memakan buah delima, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.
  8. Daging Burung Merpati: Daging burung ini mempunyai protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori yang dapat meningkatkan kecerdasan kanak-kanak selain membantu mempercepatkan pertuturan lebih awal dari biasa.
  9. Daging Ayam: Berbanding semua jenis daging, ayam mempunyai kadar zat pemakan paling tinggi dan berkhasiat dalam meningkatkan prestasi otak.
  10. Daging Biri-Biri: Dapat memberi kekuatan ingatan dan mampu memberi daya ingatan menghafal.
  11. Kekacang: Turut memberi kekuatan kepada perkembangan genius sejak dalam kandungan lagi. Kacang seperti gajus, soya dan pistachio dipercayai berkesan dalam meningkatkan kecerdasan otak selain mengandungi nilai protein yang tinggi.
  12. Buah Badam: Makan buah badam dapat mempertingkatkan kecerdasan.
  13. Labu: Dapat menambah keupayaan fikiran dan akal. Nabi bersabda, "Makanlah labu kerana ia memberi kecerdasan kepada akal serta meningkatkan kemampuan keupayaan akal dan fikiran."
  14. Minyak Sapi: Membekalkan otak yang genius. Biasakan masak dengan menggunakan minyak sapi.
  15. Sayur-Sayuran: Sayur-sayuran dan buah-buahan membantu meningkatkan daya ingatan.

Sunday, 28 April 2013

Lets count!!

Kadang-kala kanak-kank kurang berminat dengan P & P yang biasa.Sekali sekal boleh dedahkan dengan permainan komputer yang berkaitan dengan tema mingguan ataupun dengan subjek yang berkaitan.Kanak-kanak pasti berebut-rebut dan teruja aptah lagi yang memag belum pernah pegang komputer dirumah mahupun disekolah.Disini saya sertakan satu jenis permainan yang biasa saya gunakan untuk aktiviti matematik.Permainan yang agak mudah namun masih mampu memberi kepuasan pada kanak-kanak.Sesiapa yang ingin mencuba boleh buka disini.Banyak lagi permainan yang sesuai digunakan semasa P & P taip saja pada Mr.Google pasti banyak senarai yang tertera.Pastikan pilihan permainan sesuai untuk umur kanak-kanak.


Friday, 26 April 2013

Tantrum.


Bismillahirahmanirahim, sebagai pembuka entry blog ini , saya bawakan topik "Tantrum" yang biasa dialami oleh kanak-kanak dan mungkin segelintir rakan-rakan yang pernah mengalaminya.Topik ini saya kongsikan daripada FB Prof. Dr.Rozieta Shaary.

Merajuk dan tantrum adalah cara anak-anak menyatakan ketidakpuasan hatinya. Tantrum adalah ekspres ke luar sementara merajuk ke dalam diri. Apa yang mereka perlukan semasa itu ialah diyakinkan bahawa anda menyayangi dia.

Namun, jangan pula termasuk jerat iaitu mengikut sahaja kehendak mereka demi memujuk mereka. Boleh pujuk, tapi tetap tegas dengan prinsip dan nilai. Jangan pula kerana hendak memujuk dia dan menghentikan dia daripada berguling-guling hendak barang, anda beli saja barang itu, walaupun pada awalnya anda kata tidak boleh. Jika anda bertindak begitu, anak-anak yang kecil ini menyangka inilah cara untuk mendapat barang yang anda kata tak boleh itu daripada anda. Nampak susah kan?

Yalah, siapa kata mendidik dan membesarkan anak untuk menjadi individu berwibawa, pengasih dan berkebolehan tinggi ini senang. Itu sebab ramai ibu bapa mengambil jalan singkat memukul bertalu-talu dan marah berlebihan supaya anak akan takut. Apa yang tidak disedari kesan jangka panjang yang akan dirasakan bila mereka remaja atau menjadi dewasa.

Jangan pula menyangka, saya mengatakan jangan marah atau menghukum perbuatan itu. Perlu marah dan menghukum perbuatan yang salah. Namun, lakukan dengan penuh kasih sayang dan hormat. Ambil masa menjelaskan. Dan bila sudah habis menjalankan hukuman itu, peluk dia dan yakinkan kasih sayang anda kepadanya. Supaya anak itu faham, yang salah ialah perbuatannya. Dan yang anda tidak suka ialah perbuatan itu. Dia tetap andasayang dan kasih. Susah? Ya, memang susah, namun ia boleh dilakukan dan bila anda lakukan anda tidak lagi rasa sedih dan terkilan malah berasa lega.


LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL

1- Tenangkan anak itu.
2- Bawa dia keluar dari tempat itu dan pergi ke tempat lain
3- Bila sudah tenang, beritahu dia mengapa anda tidak mahu membelinya.
4- Berpakat dengannya untuk mencari jalan penyelesaiannya. Mungkin dia himpun duit ke atau seperti itu.
5- Puji dia bila dia mahu bekerjasama bermaufakat dengan anda.6- Bila apa yang janjikan tercapai, contohnya duit sudah cukup, TUNAIKAN JANJI itu.

sekadar perkongsian:kredit to https://www.facebook.com/familyguru/notes